Thursday, March 9, 2017

Ramalan-Ramalan Yang Jadi Kenyataan

 


1. Kisah tenggelamnya kapal Titanic. Tragedi Titanic yang tenggelam ini pernah ditulis oleh seorang novelis dari Amerika Syarikat yang bernama Morgan Robertson dan tajuk novelnya adalah “Futility, Or The Wreck On The Titan” Dalam novel itu Morgan menulis bagaimana sebuah kapal yang besar dan dikatakan sebagai “unsinkable” telah tenggelam di lautan North Atlantic kerana terlanggar
iceberg. Di dalam nolve itu juga Morgan menceritakan bagaimana tragedi itu menjadi lebih buruk kerana kapal yang tenggelam itu kekurangan lifeboat dan hampir kebanyakan penumpang kapal mati lepas. Cerita yang ditulis oleh Morgan Robertson ini telah benar-benar terjadi dan Morgan menulis novel ini lebih kurang 15 tahun sebelum tragedi  kapal RMS Titanic tenggelam benar-benar berlaku

Nikola Tesla

2. Apa yang dikatakan oleh seorang inventor iaitu Nikola Tesla pada tahun 1909 tentang dunia tanpa wayar memang benar-benar berlaku sekarang. Katanya,  "tidak lama lagi semua orang akan dapat menghantar mesej tanpa wayar ke seluruh dunia dan setiap orang boleh mengendalikannya sendiri dengan alat masing-masing ”. Pada waktu itu apa yang dikatakan oleh Nikola Tesla itu kedengaran sangat mustahil dan banyak orang mengatakan Nikola Tesla ini gila. Tapi sekarang saya rasa anda juga mungkin sedang memegang alat yang Nikola Tesla katakan pada tahun 1909 itu.



3 Satu dokumen tulisan tangan yang ditulis oleh seorang ahli falsafah pada abad ke-17 Robert Boyle mendakwa bahawa manusia suatu hari nanti akan menyaksikan yang penyakit boleh diubati dengan operasi transplant dan sekarang ini operasi transplant atau operasi pembedahan pemindahan mejadi kenyataan di dunia perubatan.







4. Kejadian kebakaran dasyat selama 3 hari yang pernah berlaku di Kota London pada tahun 1666 telah diramalkan oleh Nostradamus dalam tilikannya yang berbunyi “The blood of the just will be demanded of London, burnt by fire in the year ’66” 


No comments:

Post a Comment