Wednesday, March 8, 2017

Cadangan Projek Rel Keretapi Pantai Timur Dibuka Kepada Orang Awam Untuk Maklum Balas

Lalauan Cadangan ECRL

Cadangan Projek Rel Keretapi Pantai Timur atau East Coast Rail Link (ECRL) telah pun dilancarkan dan diumumkan kepada orang ramai untuk mendapat maklum balas dan cadangan.

23 stesen telah pun di cadangkan sepanjang laluan sepanjang
600km ini dan dijangkakan akan menjadi pemangkin kepada pembangunan wilayah pantai timur.

Projek Rel Keretapi Pantai Timur ini dijangka akan siap pada tahun 2024 dan dengan adanya keretapi ini perjalanan dari Wakaf Baru Kelantan ke Gombak dan Port Kelang hanya akan memakan masa lebih kurang 4 jam. Jika sebelumnya lalun darat yang ada cuma melalui jalanraya yang memakan masa 12 jam.

Projek ECRL ini akan memberi manafaat kepada perkembangan ekonomi pantai timur terutamanya dalam sektor pengangkutan darat dan menjadi jambatan perhubungan ekonomi dan niaga antara wilayah pantai timur dan pantai barat.



Pelancaran sesi ECRL Public Inspection telah dilakukan oleh Perdana Menteri di ibu pejabat SPAD semalam dan sesi ini bertujuan untuk mendedahkan tentang ECRL ini bagi mendapat maklumbalas dan cadangan dari orang ramai untuk tujuan penambahbaikan jika ada.

Projek ECRL ini dijangkakan akan bermula pada Julai tahun ini. Datuk Seri Najib berkata ECRL ini akan memudahkan orang ramai untuk membuat perjalanan dari pantai timur ke pantai barat dan yang pastinya kesesakan jalanraya setiap tahun ketika orang ramai pulang beraya dapat dikurangkan.

Laluan dan segala informasi tentang ECRL ini akan dipaparkan di ibu pejabat SPAD dan juga sesi untuk maklum balas ini akan juga diadakan di 38 lokasi orang ramai termasuk Kota Bharu, Tumpat, Pasir Puteh, Besut, Setiu, Kuala Terengganu, Hulu Terengganu, Marang, Kemaman, Dungun, Kuantan, Maran, Temerloh dan Bentong sehingga 5 Jun ini.

Malaysia Rail Link Sdn. Bhd. (MRL) telah dilantik oleh kerajaan dan bertanggungjawab untuk melaksanakan projek ini juga telah menyediakan toll free 1-800-222-524 untuk memudahkan orang ramai memberi maklumat dan informasi.

Orang ramai juga boleh ke www.mrl.com.my atau hantar e-mail ke feedback@mrl.com.my

Lihat video ECRL




sumber : the star

No comments:

Post a Comment