Thursday, March 9, 2017

KENYATAAN MEDIA SURUHANJAYA PENCEGAHAN RASUAH MALAYSIA BERHUBUNG KES EXCO JOHOR



SPRM TANGKAP EXCO JOHOR, DATUK ABD. LATIF BANDI BANTU SIASATAN

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah menangkap Ahli Exco Perumahan Dan Kerajaan Tempatan Johor, Datuk Abd. Latif Bandi bagi membantu siasatan berhubung penglibatannya dalam isu hartanahdi Johor Bharu.

Beliau ditangkap di Pejabat SPRM Negeri Johor kira-kira jam 10.50 pagi hari ini.

Kes tersebut disiasat mengikut seksyen 17 (a) Akta SPRM dan seksyen 4 Akta Pencegahan Penggubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram (AMLATFPUAA) 2001.

SPRM meminta semua pihak agar tidak membuat sebarang spekulasi dan memberi jaminan siasatan akan dijalankan dengan telus


SURUHANJAYA PERKHIDMATAN RASUAH MALAYSIA
PUTRAJAYA

9 MAC 2017

sumber : SPRM

No comments:

Post a Comment