Saturday, March 11, 2017

Dua Penganut Buddha Memilih Untuk Disebat Mengikut Undang-Undang Syariah Kerana Berjudi



Jantho Indonesia: 2 lelaki beragama Buddha telah memilih untuk dihukum sebat Jumaat baru-baru ini kerana telah ditangkap dan didapati bersalah bermain judi laga ayam di wilayah Aceh.


Ale bin Suhadi, 57 dan Amel bin Akim, 60 kedua-duanya adalah dari etnik cina dan penganut agama Buddha tleh dihukum sebat dihadapan pegawai tempatan dan orang ramai di bandar Jantho Wilayah Aceh Indonesia

Kedua-dua lelaki tersebut menyatakan yang mereka telah disebat sebanyak sembilan sebatan dan tujuh sebatan seorang masing-masing.

“Ketika ditangkap, dua ekor ayam dan wang taruhan judi sebanyak 400 ribu rupiah telah ditemui oleh pihak polis,” kata pendakwaraya Rivandi Aziz

Hukuman sebatan adalah biasa di Acheh yang melaksanakan hukuman islam termasuk berjudi, minum arak dan jenayah seks termasuk gay.

Jika sebelum ini hanya orang muslim sahaja yang dikenakan hukuman sebat tetapi pada tahun 2015 undang-undang tersebut dah digubal semula dimana mereka yang bukan beragama islam boleh memilih samada untuk dihukum mengikut undang-undang syariah atau undang-undang kebangsaan.

Kedua-dua lelaki Buddha ini memilih untuk dihukum dengan undang-undang syariah.

“Kami tinggal di Aceh, jadi kami kena patuh dengan undang-undang wilayah kami Aceh," beritahu Alen kepada wartawan AFP sebaik sahaja selesai dihukum sebat.


Seorang lelaki islam juga telah disebat sebanyak tujuh sebatan kerana kesalahan yang sama iaitu judi laga ayam manakala seorang lelaki lain telah disebat sebanyak 112 rotan kerana didapati bersalah mendera seorang remaja.

Aceh melaksanakan undang-undang syariah selepas diberi kuasa sebagai sebuah wilayah autonomi pada tahun 2001 dalam usaha pihak pemerintah di Jakarta untuk menghapuskan gerakan pemisahan Aceh dari Indonesia.

Undang-undang syariah ini diperkasakan selepas wilayah Aceh telah mencapai kata sepakat dengan pihak Indones pada tahun 2005

Sumber : The Star

No comments:

Post a Comment