Monday, March 13, 2017

Rumah Jutawan India Yang Berharga USD1 Billion



Digelar sebagai lelaki terkaya India dan majalah Forbes juga menyenaraikan beliau di tangga ke empat sebagai lelaki terkaya di dunia, Mukesh Ambani seorang usahawan tekstil telah membina sebuah rumah yang boleh dikatakan sebagai termahal di dunia dengan harga USD1 billion di tengah kota Mumbai.

Mukesh Ambani dijangka akan mengadakan housewarming party untuk rumah barunya yang mempunyai 27 tingkat itu pada bulan ini.

Rumah tersebut dikhabarkan mempunyai 3 helipad, spa kesihatan, studio tarian, pawagam yang menampung 50 tempat duduk, dan parkir bawah tanah yang boleh menampung 160 kereta itu di khabarkan juga akan memerlukan seramai 600 orang pekerja.  Jumlah yang lebih besar dari pekerja sesebuah syarikat kecil di Mumbai.





Dibina tengah-tengah kota yang terkenal dengan kemiskinan dan kesesakan, rumah jutawan India ini digelar oleh seorang kolumnis surat khabar tempatan India sebuah sebagai simbol keegoan. Tetapi pada yang lebih rasional menganggap ianya hanya sebuah rumah yang dibina untuk keluarga dan untuk keselesaan dia dan keluarganya Cuma ianya sebuah rumah yang besar. Itu juga kerana dia mampu dan sesiapa juga membina rumah untuk keselesaan diri dan keluarga.





No comments:

Post a Comment