Di Thailand ada kepercayaan tahyul bahawa melempar duit
syling ke dalam kolam penyu akan membawa nasib untung kepada mereka dan juga
memberi umur yang panjang pada penyu tersebut. Kepercayan orang Thailand itu
telah menyebabkan seekor penyu telah menelan 915 keping syiling yang
dilemparkan ke dalam kolam penyu tersebut.
Penyu yang berusia lebih kurang 25 tahun itu yang telah
ditempatkan di dalam kolam di kolam Sri Rancha wilayah Chonburi Thailand itu sebelum ini telah di
pindahkan ke Sea Turtle Conservation Center Tentera Laut DiRaja Thailand kerana
pihak berwajib ingin membuat renovasi pada kolam penyu tersebut.
Ketika berada di pusat pemeliharaan penyu laut itu, penjaga
penyu tersebut perasan yang penyu yang baru dipindahkan itu kelihatan tidak bermaya
dan sakit. Mereka melakukan pemeriksaan pada penyu tersebut dan mendapati perut
penyu itu besar dan ada keretakan pada cengkerang bahagian bawah perut penyu.
Mereka telah melakukan CT scan dan amat terkejut kerana mendapati terdapat
ketulan besar berupa syiling yang beratnya dianggarkan seberat 11 pound berada
dalam perut penyu tersebut dan jika tidak dikeluarkan akan menyebabkan seluruh
sistem penghadamam penyu tersebut akan rosak dan pastinya boleh menyebabkan
penyu tersebut mati.
Di dalam majalah Forbes, Erick Mack menyebut bahawa lima
jurubedah dari Universiti Chulalongkorn telah menghabiskan 7 jam mengorek
lubang pada cengkerang penyu tersebut untuk mengeluarkan 915 keping syiling yang
ditelannya selama bertahun tahun.
Operasi tersebut telah berjaya dan penyu tersebut dijangka
akan sihat sepenuhnya dalam masa dua bulan.
Lihat video
Lihat video
Kes ini diharap memberi pengajaran kepada kita semua bahawa
kepercayaan karut yang kita pegang boleh membawa penderitaan pada binatang dan
boleh membawa pada kematian pada binatang tersebut.
No comments:
Post a Comment