Dewan Bandaraya Kuala Lumpur telah melaksanakan sistem lampu
isyarat baru di Kuala Lumpur dengan menyediakan zon berhenti khusus buat
penunggang motorsikal.
Zon khusus ini dicat dengan warna merah dan putih sebagai
ruang untuk para penunggang motorsikal berhenti ketika menunggu lampu isyarat.
Penunggang motorsikal tidak dibenarkan untuk berhenti di
luar zon yang telah disediakan itu dan kenderaan lain mestilah berhenti di
belakang zon yang dikhususkan untuk penunggang motorsikal tersebut.
Menurut Datuk Bandar Kuala Lumpur, sistem baru ini adalah
bagi memastikan keselamatan kepada pejalan kaki dan penunggang motorsikal .
Usaha pelaksanaan sistem baru ini juga diharap dapat mengurangkan jenayah
dijalanraya seperti kes ragut dan pecah cermin kereta.
Menurut Datuk Bandar juga, buat masa sekarang tiga lokasi
telah melaksanakan sistem zon untuk penunggang motorsikal ini iaitu di lampu
isyarat Jalan Raja Laut, Jalan Tunku Abdul Rahman dan Jalan Tun Perak.
DBKL juga telah mengenal pasti beberapa lokasi lain di Jalan
Tunku Abdul Rahman bagi membina dan melaksanakan sis zon khusus buat penunggang
motorsikal ini.
Menurut Datuk Bandar pelaksanaan ini kan berterusan ditambah
dikawasan-kawasan tertentu yang sering banyak penunggang motorsikal dan sistem
ini memberi ruang seluas 20 kaki dan dianggarkan bleh memuatkan sebanyak 20
buah motorsikal untuk berhenti di dalam zon tersebut pada satu-satu masa.
Pada peringkat awal ini, pihak DBKL memberi tempoh tiga
bulan percubaan kepada pengguna untuk membiasakan mereka dengan sistem baru ini
dan selepas tempoh itu pengguna yang gagal mematuhi sistem baru ini akan
disaman dan didenda antar RM50 hingga RM100.
Sumber: Bernama
No comments:
Post a Comment