Wednesday, March 15, 2017

Sepuluh Destinasi Yang Wajib Anda Kunjungi Jika Melancong Ke Hongkong


1. The Peak
The Peak adalah puncak tertinggi di Hongkong. Dari sini anda dapat melihat pemandangan Hongkong. Pada waktu malam and adapt melihat melihat gemerlap bangunan pencakar langit di Hongkong. The Peak juga terkenal sebagai lokasi elit di Hongkong sejak zaman kolonial.



2. Hongkong Disneyland
Siapa yang tak kenal dengan taman tema Disney ini. Tak hairanlah taman tema ini menjadi tempat tumpuan setiap pelancong yang berkunjung ke Hongkong.



3. Ladies Market
Seperti namanya, pasar yang terletak di Tung Choi Street ini menjadi tumpuan para pelancong wanita kerana terdapat lebih dari 100 outlet yang menjual aksesori, pakaian, sampai cenderamata khas Hongkong.



4. Sky100 Observation Deck
Lokasi ini juga menjadi tempat tumpuan untuk melihat pemandangan Hong Kong. Dengan ketinggian mencapai 393 meter di atas permukaan laut, Sky100 Observation Deck berada di tingkat ke 100 dari bangunan ICC. Jangan takut akan ketinggian, sebab konsep yang ditawarkan adalah melihat Hongkong dari dalam ruang.




5. Madame Tussauds Hongkong
Perkara yang paling menarik dari Museum Madame Tussauds Hongkong adalah adanya patung-patung tokoh terkemuka dunia. Para pelancong bleh mengambil gambar bersama patung tokoh-tokoh terkenal dunia di sini.



6. Star Ferry
Sejak tahun 1888, kapal Star Ferry telah menjadi alat pengangkutan di Hongkong. Sampai sekarang ini, kapal-kapal Star Ferry masih terus beroperasi dan menjadi tarikan pelancong untuk menikmati Hongkong dari Pelabuhan Victoria dengan harga yang berpatutan.



7. Tsim Sha Tsui Promenade
Tsim Sha Tsui adalah nama dari sebuah daerah. Di sini terdapat banyak gerai butik mewah, Hongkong Cultural Centre, dan Hongkong Space Museum. Lokasi paling menarik adalah promenade atau tempat berjalan kaki untuk melihat perairan dan pencakar langit Hongkong. Lokasi ini sering menjadi lokasi penggambarn filem di Hongkong.



8. Ngong Ping 360
Untuk menikmati pemandangan Hongkong dengan cara berbeza, cubalah Ngong Ping 360. Turun dari kereta kabel, anda akan disambut oleh warisan budaya tematik di Desa Ngong Ping yang berkeluasan 1.5 hektar. Patung Budha raksasa dan Biara Po Lin menjadi ikon yang terkenal di sini



9. Ocean Park Hongkong
Ocean Park Hongkong adalah sebuah waterpark dengan aneka permainan serta akuarium, kereta kabel, taman binatang, dan banyak lagi hiburan lain yang sesuai untuk anda bercuti bersama keluarga dan anak-anak.



10. Repulse Bay

Hongkong juga punya pantai cantik dengan pasir putih yang menjadi tumpuan warga hongkong sendiri. Pantai tersebut adalah Repulse Bay Beach. Ada banyak restoran dan hotel mewah yang dibangunkan sejak tahun 1920-an. Lokasi ini sesuai untuk anda yang gemar bersantai di dekat pantai. 

No comments:

Post a Comment