Bolehkah anda bayangkan bagaimana rupa kereta bila dicat
dengan habuk diamond?
Sebuah kereta Roll-Royce yang diberi nama “Elegence” telah
dipamerkan di Geneva Motor Show telah dicat dengan habuk diamod asli.
Kereta Roll-Royce adalah jenama kereta mewah yang diproduksi
bilamana mendapat tempahan dari pelanggan ini dicat dengan 2 tona warna dimana
dibahagian atas berwarna dark grey dan bahagian bawah berwarna light grey.
Sekali imbas dalam keadaan cahaya yang suram, warna kereta
ini kelihatan biasa saja tetapi apabila diperhatikan dibawah cahaya lampu ianya
akan kelihatan sangat bergemerlapan dan dan sangat berkilat lebih dari yang
anda lihat pada kereta yang dicat dengan warna metalik.
Roll-Royce Technical Laboratories telah mengambil masa selama
2 bulan untuk menguji cat dari habuk diamond ini dan juga dari segi kilauan dan
cahaya dari cat habuk diamond ini.
Mereka juga berusaha untuk menyembur cat dari habuk diamond
yang sangat keras itu dan pada masa yang sama untuk mengekalkan supaya
permukaan badan kereta masih tetap licin seperti cat-cat biasa.
Selepas semua kerja penyemburan cat dari habuk diamond ini
selesai, badan kereta ini sekali lagi dipolish dengan layer lacquer atau gloss
untuk menjadikan badan kereta ini lebih berkilat dan licin.
Walaubagaimanpun Roll-Royce tidak mendedahkan kos sebenar
untuk keseluruhan process penyemburan cat dari habuk diamond ini.
Lihat Video
Sumber : CNN Money
No comments:
Post a Comment