SEREMBAN - Seorang suspek kes samun melarikan diri dari
lokap Kompleks Mahkamah Seremban di sini kira-kira jam 10 pagi semalam.
Menurut sumber, P Devaraajan, 29, suspek disedari hilang
oleh anggota polis pengiring, kira-kira jam 1.15 petang ketika mahu membawanya
ke Penjara Sungai Buluh untuk tahanan reman selepas sebutan kesnya selesai.
Katanya, suspek sebelum itu dibawa anggota polis pengiring
terbabit dari lokap Balai Polis Sikamat Seremban, ke mahkamah berkenaan untuk
sebutan kes samun.
Bagaimanapun, katanya, suspek yang memakai seluar jeans biru
itu dipercayai bertindak melarikan diri ketika diletakkan di lokap mahkamah
sementara menunggu untuk dibawa ke penjara.
Katanya, usaha mengesan suspek sedang giat dijalankan
termasuk mengadakan sekatan jalan di seluruh jalan keluar.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Seremban Asisten
Komisioner Thiew Hock Poh mengesahkan kejadian dan kes disiasat mengikut
Seksyen 223/224 Kanun Keseksaan.
Sumber : Sinar Harian
Sumber : Sinar Harian
No comments:
Post a Comment