Bisnes pengangkutan atau transport adalah satu bidang yang sangat bahaya dan aspek keselamatan amat penting. Pemilik bisnes transport menyerahkan tanggungjawab kepada driver sebuah aset yang bernilai ratusan ribu riggit dan ada yang hampir jutaan ringgit. Oleh kerana itu adalah amat penting untuk setiap pemilik perniagaan transport menekankan aspek keselamatan dalam organisasi syarikat mereka. Kejayaan dalam pengurusan keselamatan akan menjadi penentu kejayaan sesebuah organisasi bisnes transport.
3 kunci utama dalam sesebuah syarikat transport dalam mencapai kejayaan keselamatan atau safety success adalah:
- Menerapkan budaya Utamakan Keselamatan
Dalam menerapkan budaya mengutamakan keselamatan atau safety first ini, peranan dari pengurusan tertinggi dalam syarikat adalah amat penting. Sesebuah bisnes transport tidak akan berjaya untuk mewujudkan budaya keselamatan jika pengurusan tertingi atau pemilik bisnes transport tidak mahu memberi kerjasama penuh dalam aspek keselamatan dan hanya mementingkan keuntungan semata-mata. Begitu juga tentang peranan dan kuasa yang besar harus diberikan kepada safety officer atau safety department untuk terlibat dalam semua perkara dalam syarikat. Bermula dari pengambilan pekerja, latihan, pengawasan dan juga gaji serta insentif kepada semua pekerja dalam syarikat. Safety Officer harus diberi kuasa untuk ikut terlibat dalam menilai risiko dan aspek keselamatan dari mula bid tender untuk mendapat kontrak baru. Peranan dan kuasa yang tidak terhad ini sangat penting untuk menentukan kejayaan dalam menerapkan budaya “safety first” di syarikat transport. Budaya utamakan keselamatan tidak akan berhasil dengan hanya menjalankan safety briefing, safety toolbox atau dengan safety meeting bulanan. Ianya bermula seawal peringkat tender bidding, pembelian truk
sehinggalah ke operasi harian syarikat.
2.
Komunikasi jujur dan terbuka dalam isu keselamatan
Berkait rapat dengan budaya utamakan keselamatan syarikat adalah bagaimana sebuah cara berkomunikasi tentang keselamatan kepada semua pekerja terutamanya driver. Banyak kajian telah menunjukkan bahawa syarikat yang mempunyai program-program keselamatan paling berkesan akan berjaya dalam menerapkan budaya keselamatan kepada pekerja-pekerja mereka terutama sekali driver. Program keselamatan adalah satu medium komunikasi yang terbuka dan sangat efektif untuk mengutarakan tentang isu-isu keselamatan. Sekali lagi, ini semua bermula di peringkat tertinggi dalam sesebuah organisasi. Pengurusan tertinggi atau pemilik syarikat harus sentiasa lebih sering bersuara dan bercakap tentang hal yang berkaitan keselamatan . Kepimpinan melalui teladan adalah kunci. Jangan Cuma megharapkan safety department sahaja yang bercakap tentang isu keselamatan manakala pemilik syarikat hanya mengutarakan isu kos dan untung rugi sahaja. Ini boleh memberi kesan buruk pada mental dan semangat kesemua team dalam syarikat untuk mebawa budaya uatamakan keselamatan atau “safety first.
- Struktur organisasi jabatan keselamatan (safety department) yang efektif
Struktur organisasi yang berkesan adalah ibarat penggerak dan pelincir dalam sesebuah perniagaan. Jadi untuk mencapai kejayaan keselamatan atau safety success dalam bisnes transport, struktur organisasi jabatan keselamatan yang efektif adalah sangat penting. Cuba bayangkan jika syarikat tidak mempunyai struktur organisasi jabatan perakaunan yang efektif, lemah dan tidak tersusun, maka akan berteraburlah segala invois, bil dan dokumen-dokumen kewangan sarikat. Begitu jugalah yang akan terjadi jika struktur organisasi jabatan keselamatan syarikat lemah dan tidak efektif. Jadi melaburlah untuk memastikan struktur organisasi jabatan keselamatan syarikat anda efektif dan kukuh. Dasar dan prosedur perlu jelas, adil, didokumenkan dan disampaikan secara mudah untuk membolehkan setiap pekerja amnya dan driver khususnya faham dan tahu untuk melaksanakannya dengan betul. Polisi dan prosedur hendaklah juga direview secara tetap untuk memastikan ianya masih releven dengan kehendak dan situasi syarikat pada satu-satu masa. Semua fail yang berkaitan dan dokumen yang perlu mestilah berada dalam susunan yang baik dan dikemaskini mengikut kesesuaian untuk mematuhi peraturan-peraturan dan amalan-amalan perniagaan yang standard.
No comments:
Post a Comment