Sunday, February 26, 2017

Tips Mudah Kejayaan Dalam Bisnes



Sebagai seorang yang bisnes, anda tidak boleh mengawal keadaan market. Melainkan anda seorang yang sangat berpengaruh seperti George Soros atau warren Buffet. Tapi ada banyak benda yang anda boleh control untuk menentukan kejayaan anda dalam bisnes.


  1. Pastikan matlamat bisnes
Cipta satu matlamat atau impian dalam bisnes anda. Jangan hanya sekadar berniaga dan tidak punya impian. Tulis apa matlamat dan impian anda dalam bisnes anda itu. Setkan target untuk anda capai matlamat bisnes anda itu. Work for it dan disiplin dalam mengejar matlamat dan impian bisnes anda
itu.

matlamat


  1. Target jualan
Jualan adalah elemen penting dalam apa jug bisnes. Tiada jualan maknanya tiada bisnes. Setkan target jualan anda sehari, sebulan dan setahun. Jangan target terlalu rendah sehingga anda tak dapat cover cost. Ini kerja simple akaun yang anda boleh budget sendiri. Buat target jualan anda untuk sehari,sebulan dan setahun itu dan tampalkan di mana-mana yang boleh anda dan pekerja anda lihat. Dengan buat macam ni anda dan pekerja anda tahu untuk merancang cara bagaimana untuk mencapai target jualan yang anda set itu. Review target jualan anda bila perlu.

target
  1. Review pengurusan
Jangan kerana terlalu mengejar keuntungan sehingga anda lupa tentang pengurusan yang teratur. Biasanya ini terjadi bila anda terlalu cut cost untuk increase profit. Struktur organisasi bisnes anda juga penting. Tak kira sekecil mana bisnes anda pastikan anda tahu tugas setiap pekerja anda dan tugas anda sendiri supaya pekerja tidak merasa terlalu stress. Ingat pekerja anda adalah asset. Ingat juga bahawa pengurusan yang cekap dan teratur akan mengurangkan cost dan meningkatkan jualan

management
  1. Jangan takut untuk berubah
Nokia dulu adalah jenama handphone yang paling popular di dunia. 20 tahun dulu tak ada siapa yang mahu pakai handphone jenama Samsung. Tetapi selepas keenganan Nokia untuk berubah ke Android, Nokia terpaksa gulung tikar dan dijual. Samsung sedia untuk berubah ke handphone berplatform Android dan sekarang handphone jenama Samsung adalah yang terlaris di dunia selepas Iphone. Jadi jangan takut untuk berubah.

change
  1. Konsisten
Jangan cepat melatah jika bisnes anda mengalami kemerosotan. Konsisten dengan apa yang anda usahakan sekarang. Jangan setiap tahun tukar bisnes atau buat bisnes baru. Bisnes yang ada belum betul-betul sukses anda sudah buat baru. Ini akan membuat anda semakin tidak mahir dengan satu-satu bisnes. Ini juga akan menghapuskan kepercayaan pelanggan kepada anda.

  konsisten


  1. Peka pada risiko bisnes
Peka pada sebarang risiko akan buat anda lebih teliti dalam menguruskan bisnes anda. Tidak salah jika anda sedikit pesimis dalam membuat keputusan besar yang melibatkan urusan bisnes anda berisiko untuk gulung tikar. Risiko juga harus dilihat pada aspek safety supaya anda tidak kerugian jika terdapat sebarang kemalangan di premis bisnes anda. Jadi peka pada risiko bukan bermakna pada bisnes anda sahaja tetapi juga pada semua sudut kerana kegagalan untuk peka pada risiko akan mengundang kemalangan dan pastinya membawa pada kerugian.

risk    

No comments:

Post a Comment