Monday, February 27, 2017

Pulau Boracay Filipina; Destinasi Yang Wajib Pergi


Kalau kita Tanya semua orang yang suka travel atau suka melancong kalau sebut pulau kat Filipina orang sure akan sebut Boracay Island. Pulau Boracay ni memang sebuah pulau yang cantik dan macam-macam aktiviti yang boleh korang buat kat sana. Pulau ni dah jadi pulau perlancongan utama di Filipina.


Macamana nak ke Pulau Boracay
Ada flight direct dari KLIA2 ke Pulau Boracay dari Air Asia. Biasalah kalau nak dapat tiket mrah bolehlah book awal-awal dan plan trip bila tu awal-awal. Bukan last minit. Boleh search tiket kat cheapflight.com untuk dapat suggestion tarikh yang murah. Flight ke Kalibo ni boleh tahan lama jugak dalam 4 jam. Dari Kalibo Airport anda boleh sewa van untuk ke Jeti tapi kalu saya saya lebih suka naik bas. Baru traveller. Dan lebih murah lah pastinya. Kalau naik bas perjalanan nak ke jeti tu makan masa 2 jam. Kalau naik van sure lebih cepat lah. Nak cepat lagi anda boleh sewa kereta. Boleh search dan book siap-siap di skyscanner.com Dari jeti nak ke pulau cuma 20 minit dan ada banyak boat yang anda boleh sewa untuk ke Pulau Boracay ni dengan kos 25 peso. Tapi anda kena bayar Ferry Terminal Fee 100 peso.

Kat Mana Nak Bermalam
Banyak hotel kat Pulau Boracay ni dan anda boleh pilih. Jadi ini bukan masalah. Anda boleh cari di booking.com atau agoda.com atau mana-mana hotel serach engine dan just search je Boracay island. Memang akan banyak hotel yang anda boleh pilih dari yang murah sampai ke yang mahal.

Apa boleh buat kat Pulau Boracay
HUHU…Yang ni sangat subjektif. Macam-macam aktiviti yang anda boleh buat kat Pulau Boracay ni. Nak parasailing pun boleh, nak snorkelling ke, boleh nak dive kalau yang kaki dive dan kalau nak mandi memang syok pasal pasir halus dan semua pantai kat Pulau Boracay ni memang pasirnya cantik, putih dan halus.

Booking hotel di Boracay Island

Booking.com
boracay-2 boracay-3 boracay-4 boracay-5 boracay-6 lovely-white-sand-beach

No comments:

Post a Comment