KOTA BHARU - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak
mengumumkan penambahan satu stesen melibatkan laluan keretapi Pantai Timur
(ECRL) iaitu di Pengkalan Kubor.
Berita baik untuk rakyat pantai timur itu diumumkan beliau
semasa perasmian Pusat Transformasi Bandar (UTC) Kelantan, di sini.
Menurutnya, penambahan stesen tersebut merupakan laluan ke
24 selepas Wakaf Bharu bermula dari Gombak, Mentakab, Jengka, Kuantan, Kuala
Terengganu, Kota Bharu dan beberapa laluan lain yang akan berakhir di Tumpat.
"InsyaALLAH, berkat kerjasama antara kerajaan negeri
dan persekutuan, projek ini akan menjadi kenyataan dan jangkaan siap pada tahun
2022 nanti," katanya.
Turut hadir, Menteri Perdagangan Antarabangsa
danIndustri,Datuk Seri Mustapha Mohamed, Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob serta
kepimpinan tertinggi kerajaan persekutuan dan negeri.
Orang ramai juga di alu-alukan untuk memberi komen dan maklumbalas tentang projek ECRL ini dan boleh ke www.mrl.com.my atau hantar e-mail ke feedback@mrl.com.my
Sumber : Sinar Harian
Sumber : Sinar Harian
No comments:
Post a Comment