Pembuat chip terkemuka Intel telah membida teknologi “driveless car” atau kereta tanpa pemandu dengan harga USD15.5 billion untuk mengambil alih sistem Mobileye.
Intel akan membayar USD63.53 seunit syer dalam bentuk tunai
kepada syarikat dari Israel yang membangunkan sistem yang dinamakan “autonomous driving”
tersebut.
Mobileye dan Intel
sekarang ini telah berkerjasama bersama syarikat pembuat kereta terkemuka dari
Jerman iaitu BMW untuk membina 40 unit kereta ujian untuk diuji di jalan raya
pada pertengahan tahun ini.
Intel menjangkakan pasaran kereta tanpa pemandu akan
mencecah nilai sehingga USD70 billion pada tahun 2030.
Syarikat berteknologi sekarang sedang berlumba-lumba untuk
membangun dan melancarkan sistem teknologi kereta tanpa pemandu masing-masing sekarang ini.
Pada awal tahun ini, syarikat dari Jepun iaitu Nissan telah
melakukan ujian pada kereta tanpa pemandu ciptaan mereka dan dijangka akan
melancarkannya pada tahun 2020.
Betsy Van Hees, penganalisa di Loop Capital Market
memberitahu Reuters, “ Intel sangat kurang berkecimpung dalam teknologi ini dan
ini adalah peluang yang sangat baik buat Intel untuk mulai terlibat dalam
teknologi ini dan ikut serta dalam pasaran kereta tanpa pemandu yang
mempunyai peluang yang sangat baik pada masa hadapan”
Mobileye telah ditubuhkan pada tahun 1999 untuk membangunkan
sistem keselamatan jalan raya dan mengurangkan perlanggaran.
Syarikat ini bersama Intel akan beroperasi di Israel dan
akan di ketuai oleh Amnon Shashua, iaitu co-founder, pengerusi dan ketua
pegawai teknologi kepada syarikat Mobileye
Sumber: Mail Online
No comments:
Post a Comment