Sunday, February 26, 2017

Cara Penjimatan Kos Dalam Bisnes Transport



Dalam apa juga bidang bisnes, mengurangkan kos adalah satu hal yang sering bermain difikiran setiap pemilik bisnes. Buat pemilik bisnes transport atau fleet, menguruskan kos adalah hal sangat mencabar kerana ianya melibatkan operasi harian dan kekangan pemotongan budget yang salah akan menyebabkan operasi bisnes terganggu. Di sini ada beberapa tips yang boleh menjadi panduan kepada pemilik bisnes transport atau fleet manager untuk diambil kira bagi membuat keputusan yang betul dalam penjimatan kos.


  1. Penjimatan minyak
Harga minyak yang tidak menentu boleh memberi kesan pada budget operasi bisnes transport. Meramalkan harga minyak untuk menjimatkan kos minyak adalah hal yang sangat mencabar dalam bisnes transport. Sebenarnya kos minyak untuk bisnes transport boleh dikawal dengan lebih efisen jika truk diservis dan diselenggara dengan betul. Masih banyak pemilik bisnes transport yang tidak sedar tentang hal ini dan membiarkan pemandu atau mekanik yang memantau dan membuat penyelengaraan pada kenderaan. Jika penyelengaraan tidak dibuat mengikut jadual bukan hanya kos “wear and tear” sahaja yang terlibat tetapi memberi kesan pada kos penggunaan minyak pada truk kerana engine tidak berfungsi dengan kuasa yang betul dan sepatutnya. Jadual perjalanan atau trip truk juga memberi kesan pada kos pengunaan minyak. Jadual yang salah dengan tujuan perjalanan yang tidak tersusun akan meningkatkan kos minyak. Ianya juga berkait rapat dengan saiz truk yang digunakan untuk sesuatu trip. Hal ini lebih sering terjadi pada bisnes transport yang melakukan trip ke beberapa tempat dengan satu size truk. (Multi drop) Latihan yang konsisten juga memberi impak pada kos pengunaan minyak. Pemandu hendaklah diberi latihan yang betul dan konsisten bagi memberi mereka pengetahuan tentang cara pengendalian truk dengan betul. Harsh accelerate contohnya adalah cara pemanduan yang salah dan meningkatkan penggunaan minyak. Pemasangan GPS adalah menjadi satu syarat oleh SPAD untuk mendapat kelulusan permit truk. Tapi banyak pemilik bisnes transport atau fleet manager tidak memanipulasikan pengunaan GPS untuk memantau mengurangkan kos minyak pada kenderaan. Dengan GPS tracking anda boleh melihat sesebuah truk hanya melalui jalan yang telah ditentukan dan dengan itu anda sudah boleh menganggarkan jarak perjalanan dan jumlah minyak yang digunakan. Dengan GPS itu bermakna anda boleh menilai sikap dan cara pemanduan pemandu jika jumlah minyak yang mereka gunakan melebihi jauh dari anggaran anda. Anda juga boleh memasang OTC atau On Truck Computer untuk memantau jumlah minyak dalam tangki truk anda dalam real time di pejabat dan ini memberi anda kemudahan untuk menentukan jumlah minyak yang masih ada pada truk anda untuk anda mengarahakan pemandu melakukan trip ke tempat lain.
  jimat-fuel
  1. Jadual Penyelengaraan Yang Betul
Jadual penyelenggaraan adalah amat penting bagi menentukan kos penggunaan minyak oleh truk anda dan juga kualiti jangka hayat truk anda. Anda boleh melantik syarikat penyelengaraan untuk membuat kerja-kerja penyelengaraan. Pengeluar truk seperti Volvo atau Scania ada menyediakan perkhidmatan ini untuk truk jenama mereka. Mereka bertanggungjawa melakukan penjadualan yang sistematik, penyelenggaraan yang betul malah memberi reminder tentang masa servis truk anda. Tapi biasanya mereka hanya menerima truk yang dibawah 10 tahun sahaja. Jadi untuk truk lama adalah lebih baik anda melantik seorang “independent maintenance expert” untuk memberi nasihat kepada anda tentang pembaikan truk anda bagi membolehkan anda melakukan kerja-kerja “major repair” supaya truk anda menjadi lebih “cost efficient” untuk menjalankan operasi.
  1. Penyelenggaraan tayar
Penyelenggaraan tayar yang kerap adalah penting untuk memanjangkan jangka hayat tayar, meningkatkan prestasi truk anda dan membantu mengurangkan penggunaan minyak pada truk anda. Jadikan pemeriksaan harian oleh pemandu pada tayar truk sebagai sesuatu yang wajib sebelum mereka memulakan perjalan. Jadikan PDC atau “Pre Departure Check” sebagai perkara wajib yang harus pemandu lakukan sebelum mereka dibenarkan memandu truk. Semakan mingguan atau bulanan juga harus dibuat oleh supervisor bagi memastikan tayar truk sentiasa berada dalam keadaan baik dan selamat untuk digunakan. Ini akan membantu mengurangkan kos yang terlibat yang berkaitan dengan tayar. Bunga tayar sebaik-baiknya tidak boleh kurang daripada 2.0 mm dan jika kurang daripada bukan sahaj membahayakan truk tetapi juga boleh mengurangkan kuasa pada trukl dan ini memberi kesan pula pada penggunaan minyak. Tekanan tayar dan rotation tayar juga adalah penting untuk keselamatan truk anda. Tayar yang bertekanan rendah boleh menyumbang kepada peningkatan dalam penggunaan minyak. Alignment and balance tayar juga sangat penting untuk dititik beratkan kerana ini menyumbang kepada pengunaan minyak dan boleh merosakkan bahagian lain pada truk anda
  check-tyre
  1. Sikap pemanduan pemandu
Latihan pemanduan dan pengendalian truk tidak akan hanya mengurangkan kos bahan api, tetapi ia juga akan menjadi satu faktor pada keseluruhan prestasi dan keselamatan. Pemandu perlu tahu tentang kepentingan memandu dengan betul, dan mahir dengan semua kawalan yang ada pada truk untuk memastikan mereka boleh memandu dengan cara yang baik dan betul. Sikap pemanduan yang berbahaya seperti harsh accelerate dan harsh braking akan menyumbang kerosakan pada truk dan sudah pastilah meningkatkan kos penyelenggaraan truk anda
  training

No comments:

Post a Comment