1. Kamojang Green Hotel & Resort
Permandangan yang cantik dengan reka bentuk chalet yang unik. Seperti rumah di tengah tasik. Berada di Daerah Garut, Jawa Barat. Perjalanan dari Kota Bandung mengambil masa 1 jam setengah. Chalet berkonsepkan rumah tradisional Sunda
Resort ini berada di tanah tinggi Gunung Kamojang dan suasananya dingin dan nyaman dengan permandangan yang sangat cantik dan berlatar belakang Gunung Kamojang. Suasana di restoren yang sungguh mengasyikkan dengan pemandangan di waktu malam yang memukau. Ditambah dengan tasik buatan yang dipenuhi dengan ikan-ikan yang berwarna warni
Bersantai di beranda bilik ketika petang melihat matahari terbenam. Dengan cuaca yang dingin dan menghilangkan stress.
Swimming pool yang dijaga rapi dan bersih untuk memastikan keselesaan penghuni.
Disediakan juga juga aktiviti outdoor seperti kayak yang boleh dilakukan bersama teman-teman atau anak-anak
Lokasi: Km. 3 Samarang Jln. Kamojang, Garut 44151, Jawa Barat, Indonesia
Lokasinya adalah di Daerah Cihiedeung, Bandung. Resort yang berkonsepkan Jawa ini sangat cantik dan amat sesuai untuk mereka yang ingin manjakan diri sambil berehat.
Sangat bersih dan cantik dengan dekorasi laluan ke bilik dengan lampu dan pencahayaan yang membuat kita tenang sepanjang menginap di sini.
Bilik ini amat sesuai bagi mereka yang baru berkahwin dan ingin menghabiskan bulan madu anda di kamar yang tenang dan pastinya kelihatan mewah ini.
Lihat kamar mandinya yang memang mewah dan pastinya buat anda ingin terus mandi
Lokasi: Adarapura Resort & Spa Terusan Sersan Bajuri 45 Cihideung Bandung, Jawa Barat, Indonesia
Terletak di Lembang, Bandung. Tempat yang penuh keunikan dan pelbagai aktiviti boleh dilakukan disini. Amat sesuai untuk aktiviti berkumpulan bersama teman atau keluarga.
Pondok makan atau di panggil Lutung Kasarung yang berentuk seperti sarang burung. Sungguh unik seolah makan di dalam taman
No comments:
Post a Comment