Saturday, October 7, 2017

Lelaki Mati Ditikam Dipercayai Dibunuh Anak Saudara



Polis sedang memburu seorang pemuda yang dipercayai menikam bapa saudaranya yang berusia 32 tahun sehingga mati di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Seksyen 8, Kota Damansara, Petaling Jaya pada kira-kira pukul 4.30 petang semalm



Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, ACP Mohd Zani Che Din berkata mangsa ditemui oleh adik iparnya sebelum memaklumkan kejadian kepada anggota keluarga yang lain dan kemudian membawa mangsa ke Hospital Sungai Buloh dan disahkan meningal dunia pada jam 



Mereka kemudian membawa mangsa ke Hospital Sungai Buloh, namun disahkan telah meninggal dunia kira kira jam 5.15 petang.

"Mangsa menerima rawatan di zon merah sebelum doktor mengesahkan mangsa meninggal dunia akibat tikaman senjata tajam di badan," katanya dalam satu kenyataan.


Suspek pula menghilangkan diri selepas kejadian tersebut.


Kes kini disiasat mengikut seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Sumber: Astro Awani




No comments:

Post a Comment