Kebanyakan orang Malaysia masih belum terbiasa dengan membeli tiket bas di dalam talian. Kalau di Jepun atau di Korea sudah sangat jarang kita lihat rang beratur di kaunter tiket bas untuk membeli tiket. Kebanyakannya menggunakan servis dalam talian untuk membeli tiket bas. Sebenarnya perkhidmatan ini sudah lama jugak dah ada kat Malaysia
Sebenarnya dah ada aplikasi yang membolehkkan kita untuk membeli tiket bas untuk ke mana-mana destinasi dengan menggunakan smart phone. Aplikasinya sama seperti aplikasi membeli tiket pesawat seperti traveloka atau cheaplflight.
Aplikasi catchthatbus.com adalah salah satu aplikasi yang membolehkan orang ramai untuk membuat tempahan tiket bas ke pelbagai destinasi dengan pelbagai pilihan syarikat bas. Tempahan tiket bas untuk ke destinasi pilihan anda bleh di buat di laman web catchthatbus.com atau boleh juga memuat turun aplikasi catchthatbus.com ini di playstore atau apple store.
1. Anda cuma taip destinasi anda dan destinasi tujuan anda beserta tarikh perjalanan anda.
2. Selepas itu klik search dan sistem catchthatbus.com akan memaparkan pilihan waktu perjalanan dan syarikat bas sesuai dengan destinasi dan tarikh perjalanan yang anda pilih.
3. Selepas itu ada klik SELECT dan skrin akan memaparkan tempat duduk yang masih kosong dan anda boleh memilih tempat duduk yang anda mahu (seperti screenshot di bawah)
4. Selepas memilih tempat duduk yang anda mahu klik NEXT dan skrin akan ke bahagian maklumat penumpang
5. Isikan Nama Penumpang, No Kad Pengenalan, No Telefon, dan juga Jenis Tiket (Dewasa/Kanak-kanak/Wargatua/OKU)
6. Kemudian klik PAY selepas anda pasti semua maklumat yang anda isi itu betul untuk membuat pembayaran.
7. Pembayaran boleh dibuat dengan menggunakan kad kredit/debit atau boleh juga menggunakan perbankan internet seperti maybank2u atau cimb click.
Sangat mudah dan cepat. Tak perlu nak pergi kaunter tiket. Cari parking, bayar parking, jem.
Semuanya dihujung jari je sekarang. Kenapa nak susahkan diri
No comments:
Post a Comment