Monday, March 6, 2017

Wanita 37 Tahun Mengandung Bayi Yang Telah Menjadi Mumi



Pernahkah anda mendengar perempuan yang mengandung bayi yang telah menjadi mumi? Sebenarnya dalam dunia sains dan perubatan kejadian seperti ini memang boleh berlaku tapi jarang berlaku. Tetapi peristiwa yang jarang berlaku ini telah terjadi di Jambi. 


Seorang wanita berusia sekitar 60 tahun mengandungkan  bayi selama 37 tahun. Sebenarnya, bayi tersebut sudah lama meninggal dunia di dalam perut si ibu dan kemudian mengalami mumifikasi.

Akhirnya, 'bayi mumi' ini dikeluarkan dari perut ibu tersebut. Operasi mengeluarkan bayi mumi  itu dilakukan di Bilik Operasi Hospital Raden Mattaher, Jambi, pada hari isnin 6/3/2017 semalam
"Operasi mengeluarkan bayi tersebut dilakukan oleh dua doktor, di antaranya Dr Parianto dan operasi berjalan lebih kurang 2 jam setengah dan bayi tersebut berjaya dikeluarkan.

Menurut Pengarah Hospital Raden Mattaher Dr. Iwan Hendrawan, peristiwa bayi menjadi mumi dalam dunia perubatan atau dipanggil litopedion atau bayi batu.


"Di dunia, selama 400 tahun terakhir dicatatkan hanya 300 kes litopedion," kata Dr Iwan Hendrawan.
Dr Parianto menerangkan bahawa bayi menjadi mumi terjadi bilamana ketika telur dan sperma yang menyatu gagal kembali ke rahim.

"Dalam kes yang kami tangani, janinnya tumbuh di luar rahim. Kerana di luar rahim, dia tidak mendapatkan bekalan makanan dari ibunya, akhirnya meninggal dunia," jelas Dr. Parianto.
Di dalam perut, bayi tersebut berubah menjadi benda asing yang dimusuhi oleh tubuh. Akhirnya, janin bayi tersebut dibaluti kapur oleh sistem tubuh si ibu atau dipanggil kalsifikasi.

"Kerana proses kalsifikasi atau pengapuran ini berlangsung selama puluhan tahun, dia mengeras dan membatu," ujarnya.

Kata Dr. Parianto, pihaknya sudah mendapat izin dari pesakit untuk mengawetkan bayi batu tersebut.
"Akan kami awetkan, kami simpan untuk penelitian," kata Parianto.


Sumber dari detik.com

No comments:

Post a Comment