Sejak mutakhir ini,Korea Utara sering menjadi perhatian dunia. Tindakannya sering dilihat sebagai sensasi dan pelik. Pewaris pemerintahan Korea Utara, Kim Jong-Un sering dilihat sebagai sosok yang esentrik dan kadang kala bertindak di luar rasonal. Dari kes pembunuhan hingga ke mengancam dunia dengan senjata nuklearnya. Tetapi Kim Jong-Un tahu apa yang beliau buat.
Pada Januari lepas, beliau pernah berkata yang Korea
Utara sekarang semakin hampir untuk menguji sistem senjata jarak jauh atau
dikenali sebagai “intercontinental ballistic missile” (ICBM) yang mana mampu
mencapai sasaran sehingga ke Amerika. Dan selepas itu Korea Utara telah
menlancarkan beberapa ujian peluru berpandu.
Baru-baru ini juga pihak Korea Utara telah menguji
peluru berpandunya walaupun tidak sampai ke Amerika tetapi itu sudah memberi
isyarat yang serius tentang kemajuan teknologi Korea Utara dan ini juga
membuktikan yang Kim Jong-Un tidak hanya bercakap kosong bilamana beliau
menyatakan akan membangun system ICBM pada masa depan.
Tidak lama selepas ujian peluru berpandu, pada
Februari lalu, pihak agen Korea Utara telah membunuh Kim Jong-Nam abang tiri
kepada Kim Jong-Un yang telah hidup dalam pengasingan selama hampir dua dekad.
Beliau telah diserang dan diracun oleh pihak agen
Korea Utara di KLIA. Kim Jong-Nam tidak pernah mengugat pentadbiran Kim Jong-Un
secara terbuka dan seringkali dilihat menyatakan pendirian yang tidak pernah
berminat dengan politik, tetapi seringkali juga memberi kenyataan kepada media
luar dan kadangkala kenyataannya juga dilihat agak keterlaluan.
Pembunuhan
Kim Jong-Nam ini juga bertepatan dengan beberapa siri penghapusan individu
dalam Korea Utara, dengan adanya kes yang melibatkan sekelompok pegawai elit yang telah hilang
tanpa jejak.
Sementara itu, di Korea Utara, pentadbiran Kim
Jong-Un meneruskan usaha reformasi ekonomi tetapi malangkan perlaksanaan
reformasi ekonomi yang dilakukan oleh Korea Utara tidak banyak dipandang berbanding
dengan isu ujian peluru berpandu dan kes pembunahan upahan (assassinations).
Secara
dasarnya, reformasi ekonomi yang mereka cuba laksanakan sekarang ini adalah
sama dengan apa yang negara China lakukan pada tahun 1970an dulu. Di Korea
Utara sekarang, cara dan sistem pengawalan ekonomi “Soviet-style” telah hampir dihapuskan
dan sistem ekonomi pasaran dan perusahaan persendirian mula diperkenalkan dan
di sokong oleh pihak kerajaan Korea Utara.
Contohnya, ladang-ladang milik kerajaan banyak yang
telah dibubarkan dan ladang-ladang tanaman kecil milikan keluarga telah
dijadikan satu unit ladang pengeluaran yang lebih besar dan usaha ini telah
meningkatkan pengeluaran makanan dalam negara Korea Utara.
Dengan cara begini, Kim Jong-Un dapat mewujudkan
tiga dimensi dalam polisi pemerintahannya dengan mencegah serangan pihak luar,
menghapus kemungkinan pemberontakan dari dalam negara dan mencapai kejayaan reformasi
ekonomi yang berasaskan pasaran dengan lebih cepat.
Ketiga-tiga polisi ini sebenarnya mempunyai tujuan
buat pemerintahan Kim sendiri di mana ini dapat memperkuatkan lagi kuasanya
dalam memerintah Korea Utara tanpa digugat.
Tiga Ancaman Pada Kim
Ancaman yang paling utama bagi Kim Jong-Un adalah dari
luar. Kim tidak mahu Amerika menakluk Korea Utara seperti yang terjadi pada
Iraq dan Libya. Jadi Kim yakin cara
terbaik untuk menghalangnya adalah dengan mewujudkan ssstem senjata nuklear dalam
skala yang besar yang mampu sampai ke Amerika.
Kim memerlukan mungkin berdozen peluru berpandu
anti radar yang boleh dilancarkan pada bila-bila masa apabila diperlukan.
Kim juga tidak mahu pihak Amerika masuk campur dan
memberi sokongan pada revolusi rakyat sepertimana yang pernah Amerika lakukan
pada Iraq dan Libra.
Ancaman kedua bagi Kim adalah dari dalam negara.
Selepas beliau mengambil alih pemerintahan dari ayahnya pada tahun 2011 beliau
masih berusia pertengahan 20 dan masih mentah. Jadi beliau merasa tergugat dengan
keberadaan jeneral dan pegawai-pegawai atasan yang lebih berusia dalam pentadbirannya
yang melihat beliau sebagai lemah.
Kim tidak boleh menafikan yang akan ada kemungkinan
pegawai-pegawai tertinggi dalam pentadbirannya yang berpaling tadah dan memberi
sokongan pada pihak lain. Ini juga termasuk abang tirinya yang tinggal di Macau
dan Beijing serta mendapat sokongan dan perlindungan dari pihak China.
Merasakan ancaman ini maka Kim telah menjatuhkan
hukuman pada pegawai-pegawai dalam kerajaan yang beliau rasakan tidak setia dan
mampu menggugat kuasanya dalam pemerintahan termasuk pak cik nya dan mak ciknya
sendiri. Dan yang terbaru adalah
abang tirinya Kim Jong Nam
Ancaman yang ketiga yang dilihat Kim adalah dari rakyatnya
sendiri. Korea Utara adalah sebuah negara yang miskin dan jurang ekonomi antara
Korea Selatan dan Korea Utara adalah sangat jauh. Di anggarkan pendapatan per
kapita Korea Selatan adalah 15 kali ganda lebih besar dari Korea Utara
Jika rakyat Korea Utara tahu dan sedar akan hal ini
dan juga sedar betapa mereka sangat terkebelakang dari jiran mereka Korea
Selatan, mereka akan pasti menyalahkan keluarga Kim. Oleh kerana itu Kim
Jong-Un faham dan sedar akan perkara ini dan satu-satunya cara untuk membuat
mereka terus setia dan taat padanya adalah dengan membuat reformasi ekonomi
sepertimana di China.
Walaubagaimanapun semua polisi yang cuba Kim
lakukan ini ada juga risikonya. Cubaan meningkatkan kuasa senjata akan dilihat
seperti provokasi pada Amerika. Hukuman dan penghapusan golongan elit akan
memungkinkan kewujudan konspirasi menjatuhkannya dan reformasi ekonomi akan
memberi kemungkinan pada gerakan sosial rakyat yang tidak mampu dikawal oleh
kerajaan Korea Utara.
Walaubagaimanapun Kim sekarang dalam situasi yang
baik dan segala polisi yang beliau laksanakan berjalan seperti dirancang.
No comments:
Post a Comment