Nak buat online bisnes kena ada strategi. Banyak orang
excited nak buat online bisnes. Habis duit beribu-ribu join program, training,
seminar yang macam-macam tapi tak ada dan tak plan strategi sendiri. Duit abis
tapi sales tetap tak increase. Pasal apa? Pasal anda taka da plan sendiri dan
tak plan strategi sendiri. So, jika anda nak create strategi bisnes jualan online
yang betul-betul efektif, ini ada beberapa tips yang boleh anda jadikan
guideline supaya anda tak buang duit bayar mahal-mahal join macam-macam program
tapi sales gagal.
Memilih media yang sesuai
Buat video, audio dan gambar yang menarik. Orang Malaysia ni banyaknya tak suka
nak baca artikel panjang-panjang. Jadi ayat-ayat iklan yang panjang-panjang ni
diorang tak baca nya. Copywriting macamana power skalipun sekarang ni dah tak
boleh jalan. Semua dah pandai dan selektif untuk tengok iklan jualan online. So
cara yang lebih menarik ialah video atau gambar. Macamana nak buat video
marketing? Anda boleh belajar dan daptkan panduan yang banyak jual kat
internet. Anda boleh cuba ke website www.vidcredible.com . Bolehlah anda subscribe USD1 untuk sebulan.
Pilih platform yang efektif
Kalau di Malaysia ni anda pasti tahu yang platform paling
efektif adalah facebook. Semua orang target untuk menjual di facebook.
Sampaikan sekarang ni kalau buka facebook pun penuh dengan iklan. Samada yang
berbayar guna fb ads atau pun yang flood kat group. Memang tak dinafikan
facebook adalah platform yang paling efektif untuk meningkatkan jualan tapi ada
lagi platform yang saya boleh suggest anda untuk pertimbangkan iaitu email
marketing dan google adwords. Dua ini sangat efektif untuk anda cuba. Anda boleh
ke getresponse.com
untuk subscribe dan mereka akan ajar anda tentang email marketing atau belajar
google adwords di google. Sangat simple dan tidak terlalu teknikal
Cari brand atau tagline yang “wow”
Sekarang ni dah terlalu banyak yang bisnes dan terlalu
banyak yang jualan online. Jadi kalau setakat anda jual jamu dan letak brand
anda Jamu Kecantikan Ayu orang akan tengok sekali dan terus lupa. Mungkin anda
boleh letak jamu anda itu dengan nama yang lebih catchy yang sekali orang baca
boleh ingat dan unik. Contohnya anda boleh letak jamu anda itu dengan nama "Coklat Herba Janda Gebu" atau "Candy Herba Dara Rebutan" atau apa saja lah yang
anda rasa lebih catchy. Fikirkan seberapa banyak nama, taip dan print. Susun dan
meeting dengan team anda atau kawan-kawan anda untuk pilih nama yang terbaik.
Ini lah cara yang banyak syarikat besar seperti colgate Palmolive lakukan untuk develop
brand bagi produk line keluaran mereka.
No comments:
Post a Comment